Salam kawan2 sume...
da lama kite x update blog...
hadui...
x sempat rasanya nk update lepas tuko status ni...
;)
okeh2....insyaallah..lepas ni nk start update blog ni balik...
oh lupe plak...
skang ni ite da upgrade status dr single kpd bidadari sesorg's..
ahaks!...(perasan plak)..
so..sejak dari itu, byk plak tanggung jawab yg nk kene buat..
lebih2 lagi kite ni kije swasta plak kn...
balik lambat, pastu sampai umah ade tugas lain plak...
tapi xpe, alhamdulillah...sume tu adalah saham utk akhirat nanti..
insyaAllah...
okeh, kite sambung kendian ye...
sekian utk catitan arini...
wassalam..
Premium Beautiful of Southern
Sunday, 24 March 2013
Friday, 20 July 2012
Ramadhan Al-Mubarak
Alhamdulillah.., tahun ni dapat jumpe Ramadhan
lagi..
Macam tahun-tahun lepas, harap2 tahun ni amalan
ibadat jauh lebih baik dr sblm2 ni..
So marilah kte sama2 kuatkan azam tahun ni yer..
Ade sikit info nak share pasal puasa ni..
Mula2 pengertian.
Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa
jua yang boleh membatalkan
puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga
terbenam matahari dalam
sebulan bulan Ramadhan.
Then Lafaz niat kene betul tau..
Amalan-amalan sunat yang boleh kite amalkan time
Ramadhan ni ade banyak..
Ni sume memang tujuan utk menambahkan pahala yg sememang
kurang..
1) Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin
waktu berbuka.
Rasulullah
s.a.w. bersabda:
Bermaksud:
“Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku
cintai adalah mereka yang
menyegerakan
berbuka”.
2)
Makan sahur walaupun sedikit.
Rasulullah
s.a.w. bersabda:
Bermaksud:
“Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan
kamu tinggalkan,
walau
hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang
yang
makan sahur dan malaikat mendoakannya”.
3) Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada
tengah malam dan sebelum
waktu imsak.
4) Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang
manis.
5) Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
6) Memperbanyakkan sedekah.
7)
Beriktikaf siang hari dalam masjid.
8)
Menghadiri majlis-majlis ilmu.
9)
Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.
10) Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke
arah barat sehingga
terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.
Bulan
puasa biasanye kite buat solat terawih kan ..
So
nk share jugak kelebihan-kelebihan terawih..
KELEBIHAN
SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH
Diriwayatkan
oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan
dari
pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan)
sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan:
Malam 1 - keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam
pertama sepertimana ia
baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 - diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang
sembahyang terawih
serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang
beriman).
Malam 3 - berseru Malaikat di bawah ‘Arash supaya
kami meneruskan
sembahyang terawih terus menerus semoga Allah
mengampunkan
dosa engkau.
Malam 4 - memperolehi pahala ia sebagaimana
pahala orang-orang yang
membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan
AL-Quran.
Malam
5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di
Masjidilharam,
Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam
6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang
tawaf
di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap
batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah
mengampunkan
dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih
pada malam
ini.
Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi
Musa serta menolong Nabi
‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan
Hamman.
Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang
terawih sepertimana
yang
telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti
Nabi Muhammad S.A.W.
Malam
10 - Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam
11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru
Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman
sentosa daripada tiap-tiap
kejahatan dan keburukan.
Malam 14 - Datang Malaikat menyaksikan ia
bersembahyang terawih, serta Allah
tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam
15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan
mendoakannya
supaya Allah mengampunkannya.
Malam
16 - Allah swt tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan
ke
dalam Syurga.
Malam
17 - Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini
sebanyak
pahala Nabi-Nabi.
Malam
18 - Seru Malaikat: Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha
kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup
atau mati).
Malam
19 - Allah swt tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam
20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid
dan
orang-orang solihin.
Malam
21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.
Malam
22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan
kerisauan
(tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).
Malam
23 - Allah swt binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga
daripada
Nur.
Malam
24 - Allah bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih
malam
ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripadanya siksa
kubur.
Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang
bertarawih pahala pada malam ini
seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 - Allah kurniakan kepada orang
bertarawih pahala pada malam ini
ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim
seperti kilat
menyambar.
Malam 28 - Allah swt kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.
Malam
29 - Allah swt kurniakan kepadanya
pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 - Allah swt beri penghormatan kepada orang
berterawih pada malam
terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu
berfirman:
“Hai hambaKu:
makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau
ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah
engkau
daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta
minumlah air
daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi
Muhammad S.A.W.
yang
bernama ‘Al-Kauthar’”.
Pantang-larang puasa:
Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa,
maknanya berpuasa tidak
mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga
(puasa yang sia-sia).
1) Berdusta, berbohong.
2) Mengumpat, mengata orang.
3) Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan
permusuhan.
4) Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan.
5) Marah.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan
cakap dusta (batil) dan perbuatannya,
maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan
makan minumnya”.
(Hadis Riwayat Muslim)
Semoga amalan kite diterima ALLAH SWT..
Friday, 13 July 2012
Fungsi FIR yg kite tak tahu
Apa itu F.I.R (Far Infrared Rays)??
·
Sinar Gemombang
elektromagnet
·
Mempunyai jarak
gelombang antara 3-1000 um
·
Sinar yang paling
selamat dan berguna untuk kehidupan.
Bagaimana F.I.R disediakan??
·
Platinum adalah
bahan asas
·
Dicampur dengan 40
jenis serbuk galian
·
Disuntik ke dalam
fabrik (kain yang bersesuaian)
·
Hasilkan gelombang
tenaga bila bersentuhan dengan kulit
·
Gelombang itu
dikenali sebagai infra merah jauh (4-16 mikron
Bagaimana
F.I.R berfungsi untuk manusia??
·
F.I.R menembusi
kulit sejauh 7cm
·
Membersihkan darah
·
Menggiatkan proses
metabolisme
·
Tindakbalas ke atas
molekul air
·
Molekul air dan
lain-lain bendalir akan bergetar lebih kuat
·
Lebih banyak tenaga
digunakan
·
Lebih banyak haba
dihasilkan
·
Saluran darah
mengembang
·
Melancarkan
perjalanan darah
·
Penghantaran
nutrein atau zat-zat makanan dan pembuangan toksik
·
Sel badan lebih aktif
·
Badan lebih ceria,
sihat & bertenaga
Keistimewaan F.I.R??
·
Memperbetulkan
perjalanan darah dalam tubuh
·
Meningkatkan kadar
metabolisme
·
Memperbetulkan dan
memulihkan sistem pernafasan (Tiada asma)
·
Mengelakkan
pertumbhuan bakteria
·
Mengeluarkan peluh
asid
·
Menggalakkan
tumbesaran tidak terbantut
·
Mengekalkan
kesegaran
·
Mengurangkan
kandungan asid dalam darah (mengelakkan gout)
·
Menghilangkan
kesakitan pada tubuh badan atau tempat yang sakit
·
Tidur lebih nyenyak
(tidak berdengkur)
·
Menghilangkan bau
badan
·
Menghilangkan
fungus & kulat
·
Membersihkan udara
dalam badan
·
Mengekalkan
kepanasan suhu dalam badan
·
Memperbetulkan
sistem urat saraf dalam badan secara automatik
Kesan FIR Keatas Rahim dan Vagina
·
membantu mengangkat
dan menegangkan kembali rahim pada bentuk asal
·
membantu merawat
masalah-masalah yang berkaitan dengan rahim
·
membantu merawat
keputihan dan masalah haid yang tidak teratur
·
membantu
melembapkan jalanan di dalam vagina tanpa merengsakan
·
membantu menghalang
jangkitan pada vagina dan pundi (bladder)
·
membantu menjadikan
dinding dan pintu vagina anda lebih elastik dan ketat semulajadi- menambah dan
mengaktifkan cairan semulajadi di dalam faraj, menjadikan anda wanita yang
paling istimewa kepada suami.
Tuesday, 19 June 2012
Syaaban Bulan Istimewa
v
Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700
kali ganda
v
Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum
kepada hambanya
v
Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan akhirnya
maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat
selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat
pahala mati syahid
v
Kelebihan malam nifsu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun
mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa,
berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya maka Allah
akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak
v
Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nifsu
Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir,
tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba,
derhaka terhadap ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali
silaturrahim.
Oleh itu marilah kita sama2 mencari
keredhaan Allah selagi kita masih diberi peluang olehNya untuk bernafas di dunia
yang sementara ini…
Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat
Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk
mencari sumber air di padang
pasir.
Dan apabila Rasulullah SAW datang,
beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut
tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya.
Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya
kepada sahabat-sahabatnya,
“Tahukah kamu sekelian mengapa
dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat
menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana
dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab
Raudatul Ulama).
Fadilat Syaaban
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh
dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan
Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan
Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan
pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Di antara amalan-amalan yang digalakkan
pada bulan Syaaban adalah:
1. Memperbanyakkan
puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
2. Di dalam kitab
Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah
SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada
permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada
akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh
puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama
tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang
yang mati syahid."
3. Memperbanyak
doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
4. Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Tugas kte time malam nisfu syaaban (After solat Maghrib):
Niat: "Sahaja aku sembahyang sunat Nisfu Syaaban 2 rakaat
kerana Allah Taala
Rakaat pertama : Alfatihah + "Qul ya ayu hal Qafirun"
Rakaat Kedua: : Alfatihah + "Qul hu Allah"
2. Baca Yassin
Beserta niat semoga, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan
ditetapkan iman
3. Membaca Doa Yaasin Malam Nisfu Syaaban
Semoga kita sama-sama mendapat manfaat di malam yang mulia ini.
Sumber : http://www.al-azim.com/masjid/syaaban/home.htm; http://www.iluvislam.com/tazkirah/bulan-islam/778-kehebatan-di-bulan-syaaban.html
Friday, 15 June 2012
Isra' Mikraj Hari Bersejarah Umat Islam
Peristiwa Isra dan Mi'raj ni terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian Nabi
Muhammad S.A.W, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun
oleh seluruh umat Islam.
Tarikhnye masa tu adalah 662 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun
sebelum Hijrah dari Mekah ke Madinah.
Tahun ini jugak dikenali sebagai Tahun Dukacita Beliau sebab bapa saudara
baginda Abu
Talib bin Abdul Mutalib dan isterinya Siti
Khadijah binti Khuwailid meninggal
dunia.
Nabi dan anak angkatnya jugak Zaid bin Harisah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah.
Peristiwa israk mikraj ini jugak
telah tercatat dalam surah al Isra ayat 1 (Al
Quran:17:1). Surah al Najm ayat 60 juga menceritakan peristiwa ini
.(al Quran:53:13-18)
Perjalanan selama 3/4 malam sahaja
iaitu dari jam 6 malam hingga 6
pagi Nabi kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar.
Baginda menunggang Buraq bersama
Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Jerusalem / Baitul Maqdis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitul Maqdis.
Baitul Maqdis
Selepas peristiwa inilah, arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid , buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi
mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti kt:
- Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah,
- Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah,
- Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan),
- Madyan
Bukit Tursina
Madina
Di Masjid Aqsa , Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam , Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad
memilih susu sebagai minumannya.
Seterusnya diangkat secara fizikal
melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu denganAllah di Arasy. Di Baitul Makmur,
Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .
Baitul Makmur, tempat nabi pijak
Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali
kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat
semasa di perkampungan ibu susunya Halimatun Saadiah.
Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.
Dalam masyarakat Islam, biasanye peristiwa ini tercatat dalam kalendar
Islam. Umat Islam
akan sembahyang sunat. Ceramah khas selalu diadakan bagi mengenang peristiwa
tersebut.
Beberapa peristiwa yang terjadi
selama Isra' berlangsung memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam
bagi Nabi Muhammad s.a.w.serta
menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.
·
Nabi memperoleh pelajaran tentang
keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota
Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke
kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina),
tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa, serta di Bethelehem, tempat lahirnya Nabi Isa putera Maryam
·
Jibril juga mengajar Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya
sebuah doa yang harus dibaca Nabi.
·
Mengambil hikmah dari perjuangan seorang
Muslimah sejati Masyitah dalam berjihad mempertahankan
keyakinannya akan keesaan Allah.
·
Mendapat pengajaran bagaimana akibatnya
bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka
berbuat zina. Pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan
dan suka menjelek-jelekan orang lain.
· Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi serta adanya pengakuan para nabi akan keberadaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin utama.
Dalam
perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin 'Afrit
dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat
ajaib.
Peristiwa-peristiwa
tersebut adalah seperti berikut :
1.
Kaum
yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai,
hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini
berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum
yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan
sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
2.
Tempat
yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur
Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya
(termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh
oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui
Fir'aun sebagai Tuhan).
3.
Sekumpulan
orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala
mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.
Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka
untuk sujud (sembahyang).
4.
Sekumpulan
orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis
kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu
dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan
zakat harta mereka.
5.
Satu
kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan
daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang
melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai
isteri/suami.
6.
Lelaki
yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah
orang yang makan riba.
7.
Lelaki
yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah
lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah
tetapi masih menerima amanah yang lain.
8.
Satu
kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi
berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti
biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu
yang dia sendiri tidak melakukannya.
9.
Kaum
yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail:
Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah
(mencela, menghinakan) orang.
10.
Seekor
lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya
semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur).
Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
11.
Seorang
perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak
memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian
kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12.
Seorang
perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah
S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan
umurnya sampai ke tua.
13.
Seorang
perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata
Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari
kiamat.
Madinah
Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.
Bulan Rejab yg akan meninggalkan kita
Bulan Rejab merupakan salah satu
dari bulan-bulan Haram di dalam Islam.
Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)
Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.
Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram.
Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.
Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik, beliau berkata: Adalah Rasulullah S.A.W apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)
Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)
Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.
Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram.
Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.
Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik, beliau berkata: Adalah Rasulullah S.A.W apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)
Orang-orang yang berpuasa pada
bulan Rejab boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan:
Mereka yang memperbanyakkan puasa
sunat pada bulan-bulan Haram, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan
Rejab tanpa melakukannya secara berterusan. Ini adalah sunnah.
·
Mereka yang berpuasa sunat Isnin, Khamis
dan sebagainya dalam bulan Rejab. Mereka berpuasa sunat bukan kerana fadilat
Rejab yang bersumber dari hadis yang tidah sahih tetapi kerana hadis-hadis yang
menganjurkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Ini adalah sunnah.
·
Mereka yang berpuasa sunat dalam
keseluruhan bulan Rejab kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis yang
tidah sahih.
·
Mereka yang berpuasa secara berterusan
daripada bulan Rejab, Syaban, Ramadhan dan enam hari bulan Syawal. Mereka tidak
berhenti kecuali pada 1 Syawal. Ini BUKAN sunnah.
·
Mereka yang melarang apa-apa bentuk
puasa sunat dalam bulan Rejab. Ini tidak benar. Boleh berpuasa sunat dalam
bulan Rejab sebagaimana yang disebut dalam kategori pertama dan kedua di atas.
Yang dilarang ialah puasa sunat kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis yang
tidah sahih.
·
Mereka yang mengqadha puasa Ramadhan
yang lepas dalam bulan Rejab. Ini dibolehkan selagi mana dia tidak beriktikad
adalah lebih utama untuk mengqadha dalam bulan Rejab kerana fadilat-fadilatnya
yang bersumber dari hadis yang tidak sahih. (Hafiz Firdaus).
Beberapa lagi hadis Rasulullah saw menunjukkan
kelebihan bulan rejab:
Hendaklah kamu memuliakan bulan
Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’
Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan
Lailatul-Qadarnya.
ü Puasa 1 hari
dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus).
ü Puasa 2 hari
dilipatgandakan pahalanya.
ü Puasa 3 hari
pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka
(panjangnya setahun perjalanan).
ü Puasa 4 hari
pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang
besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
ü Puasa 5 hari
pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
ü Puasa 6 hari
pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
ü Puasa 7 hari
pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
ü Puasa 8 hari
pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
ü Puasa 9 hari
pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak
ditolak dia masuk syurga.
ü Puasa 10 hari
pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi
Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
ü Puasa 15 hari
dalam bulan Rejab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan
menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang
menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.
ü Puasa 16
belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan
orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
ü Puasa 19
belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai
Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
ü Puasa 20 hari
pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah
beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Kelebihan bulan Rejab dari segala
bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
Puasa sehari dalam bulan Rejab
seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
Bulan Rejab Syahrullah (bulan
Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat
kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang
lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
Puasa pada awal Rejab,
pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
Siapa bersedekah dalam bulan
Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai
bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu
kejahatan.
Renungkanlah wahai kawan2…=)
Subscribe to:
Posts (Atom)