Peristiwa Isra dan Mi'raj ni terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian Nabi
Muhammad S.A.W, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun
oleh seluruh umat Islam.
Tarikhnye masa tu adalah 662 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun
sebelum Hijrah dari Mekah ke Madinah.
Tahun ini jugak dikenali sebagai Tahun Dukacita Beliau sebab bapa saudara
baginda Abu
Talib bin Abdul Mutalib dan isterinya Siti
Khadijah binti Khuwailid meninggal
dunia.
Nabi dan anak angkatnya jugak Zaid bin Harisah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah.
Peristiwa israk mikraj ini jugak
telah tercatat dalam surah al Isra ayat 1 (Al
Quran:17:1). Surah al Najm ayat 60 juga menceritakan peristiwa ini
.(al Quran:53:13-18)
Perjalanan selama 3/4 malam sahaja
iaitu dari jam 6 malam hingga 6
pagi Nabi kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar.
Baginda menunggang Buraq bersama
Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Jerusalem / Baitul Maqdis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitul Maqdis.
Baitul Maqdis
Selepas peristiwa inilah, arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid , buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi
mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti kt:
- Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah,
- Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah,
- Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan),
- Madyan
Bukit Tursina
Madina
Di Masjid Aqsa , Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam , Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad
memilih susu sebagai minumannya.
Seterusnya diangkat secara fizikal
melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu denganAllah di Arasy. Di Baitul Makmur,
Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .
Baitul Makmur, tempat nabi pijak
Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali
kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat
semasa di perkampungan ibu susunya Halimatun Saadiah.
Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.
Dalam masyarakat Islam, biasanye peristiwa ini tercatat dalam kalendar
Islam. Umat Islam
akan sembahyang sunat. Ceramah khas selalu diadakan bagi mengenang peristiwa
tersebut.
Beberapa peristiwa yang terjadi
selama Isra' berlangsung memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam
bagi Nabi Muhammad s.a.w.serta
menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.
·
Nabi memperoleh pelajaran tentang
keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota
Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke
kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina),
tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa, serta di Bethelehem, tempat lahirnya Nabi Isa putera Maryam
·
Jibril juga mengajar Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya
sebuah doa yang harus dibaca Nabi.
·
Mengambil hikmah dari perjuangan seorang
Muslimah sejati Masyitah dalam berjihad mempertahankan
keyakinannya akan keesaan Allah.
·
Mendapat pengajaran bagaimana akibatnya
bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka
berbuat zina. Pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan
dan suka menjelek-jelekan orang lain.
· Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi serta adanya pengakuan para nabi akan keberadaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin utama.
Dalam
perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin 'Afrit
dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat
ajaib.
Peristiwa-peristiwa
tersebut adalah seperti berikut :
1.
Kaum
yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai,
hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini
berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum
yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan
sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
2.
Tempat
yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur
Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya
(termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh
oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui
Fir'aun sebagai Tuhan).
3.
Sekumpulan
orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala
mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.
Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka
untuk sujud (sembahyang).
4.
Sekumpulan
orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis
kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu
dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan
zakat harta mereka.
5.
Satu
kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan
daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang
melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai
isteri/suami.
6.
Lelaki
yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah
orang yang makan riba.
7.
Lelaki
yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah
lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah
tetapi masih menerima amanah yang lain.
8.
Satu
kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi
berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti
biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu
yang dia sendiri tidak melakukannya.
9.
Kaum
yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail:
Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah
(mencela, menghinakan) orang.
10.
Seekor
lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya
semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur).
Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
11.
Seorang
perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak
memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian
kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12.
Seorang
perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah
S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan
umurnya sampai ke tua.
13.
Seorang
perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata
Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari
kiamat.
Madinah
Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.
Bulan Rejab yg akan meninggalkan kita
Bulan Rejab merupakan salah satu
dari bulan-bulan Haram di dalam Islam.
Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)
Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.
Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram.
Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.
Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik, beliau berkata: Adalah Rasulullah S.A.W apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)
Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)
Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.
Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram.
Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.
Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik, beliau berkata: Adalah Rasulullah S.A.W apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)
Orang-orang yang berpuasa pada
bulan Rejab boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan:
Mereka yang memperbanyakkan puasa
sunat pada bulan-bulan Haram, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan
Rejab tanpa melakukannya secara berterusan. Ini adalah sunnah.
·
Mereka yang berpuasa sunat Isnin, Khamis
dan sebagainya dalam bulan Rejab. Mereka berpuasa sunat bukan kerana fadilat
Rejab yang bersumber dari hadis yang tidah sahih tetapi kerana hadis-hadis yang
menganjurkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Ini adalah sunnah.
·
Mereka yang berpuasa sunat dalam
keseluruhan bulan Rejab kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis yang
tidah sahih.
·
Mereka yang berpuasa secara berterusan
daripada bulan Rejab, Syaban, Ramadhan dan enam hari bulan Syawal. Mereka tidak
berhenti kecuali pada 1 Syawal. Ini BUKAN sunnah.
·
Mereka yang melarang apa-apa bentuk
puasa sunat dalam bulan Rejab. Ini tidak benar. Boleh berpuasa sunat dalam
bulan Rejab sebagaimana yang disebut dalam kategori pertama dan kedua di atas.
Yang dilarang ialah puasa sunat kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis yang
tidah sahih.
·
Mereka yang mengqadha puasa Ramadhan
yang lepas dalam bulan Rejab. Ini dibolehkan selagi mana dia tidak beriktikad
adalah lebih utama untuk mengqadha dalam bulan Rejab kerana fadilat-fadilatnya
yang bersumber dari hadis yang tidak sahih. (Hafiz Firdaus).
Beberapa lagi hadis Rasulullah saw menunjukkan
kelebihan bulan rejab:
Hendaklah kamu memuliakan bulan
Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’
Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan
Lailatul-Qadarnya.
ü Puasa 1 hari
dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus).
ü Puasa 2 hari
dilipatgandakan pahalanya.
ü Puasa 3 hari
pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka
(panjangnya setahun perjalanan).
ü Puasa 4 hari
pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang
besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
ü Puasa 5 hari
pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
ü Puasa 6 hari
pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
ü Puasa 7 hari
pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
ü Puasa 8 hari
pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
ü Puasa 9 hari
pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak
ditolak dia masuk syurga.
ü Puasa 10 hari
pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi
Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
ü Puasa 15 hari
dalam bulan Rejab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan
menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang
menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.
ü Puasa 16
belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan
orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
ü Puasa 19
belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai
Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
ü Puasa 20 hari
pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah
beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Kelebihan bulan Rejab dari segala
bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
Puasa sehari dalam bulan Rejab
seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
Bulan Rejab Syahrullah (bulan
Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat
kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang
lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
Puasa pada awal Rejab,
pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
Siapa bersedekah dalam bulan
Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai
bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu
kejahatan.
Renungkanlah wahai kawan2…=)
No comments:
Post a Comment